10 Perkara yang Melemahkan Minda
1.Tidak
mengambil sarapan pagi.
Otak
merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25%
daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam
darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel
otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
Tidak
bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan
berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk
tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini
mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3.Merokok.
Asap
rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh
banyak sel-sel otak.
4.Mengambil
Gula Berlebihan.
Gula yang
berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga
boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5.Menghidu
Udara Yang Tercemar.
Otak
merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar
menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan
kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.
6.Tidur
Yang Berlebihan.
Tidur
adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan
otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
7.Tidur
Dengan Menutup Muka.
Tidur
sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan
boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula
semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8.Kurang
Berimaginasi.
Berifkir
merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi
menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
9.Jarang
Berfikir.
Jarang
berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka,selalu
berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
10.Tidak
Membaca Al-Quran.
Al-Quran
merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat
kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya
daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan
dangkal.
#sharing is caring XD