"PSS- Penjana Ilmu Pendidikan Kontemperari"

28 September 2012

PSS SMK Bukit Rambai.

Pintu hadapan PSS SMK Bukit Rambai.

Papan Program Nilam Sekolah Menengah.


Pengawas pusat sumber SMKBR.

Sudut bacaan.

PSS SMKBR.




Papan kenyataan.

25 September 2012

Artikel "Membaca Jambatan ilmu"

“Membaca Jambatan Ilmu”, demikian ayat yang sudah acap kali kita dengan dan sering terpampang terutamanya di pusat-pusat ilmu, contohnya perpustakaan. Sebagai manusia, kita digalakkan untuk rajin membaca kerana ianya menjanjikan pelbagai kesan positif terhadap diri seseorang individu.

Seseorang insan yang rajin membaca dapat meningkatkan sahsiah yang baik di dalam diri. Melalui pembacaan dari sumber yang berkualiti, pembaca dapat mengenali dan memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan dapat mengajar kita pelbagai nilai murni yang harus diamalkan dalam kehidupan seharian. Hasil pembacaan juga dapat member panduan dan mengelokkan diri daripada melakukan perkara-perkara negative yang boleh membawa implikasi buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, seseorang yang mengamalkan tabiat membaca sebagai santapan minda harian seperti surat khabar akan dapat mengikuti arus perkembangan dunia dan isu-isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara. Hal ini sudah tentu akan membolehkan seseorang menjadi manusia serba tahu dan berilmu pengetahuan luas.

Sebagai seorang pelajar, sudah tentu fokus utamanya adalah untuk belajar. Oleh itu, dengan membaca pelajar dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan maklumat agar mempunyai haluan ke arah masa hadapan yang lebih cerah. Ini dapat dibuktikan dengan prestasi akademik seseorang pelajar yang sentiasa di tahap yang lebih baik.

Melalui pembacaan yang baik, dapat melatih dan menjadikan diri pelajar lebih berdisiplin dan seterusnya menjadi contoh ikutan dan modal insan yang cemerlang.

Ditulis oleh:  Pameza Abd Harip ( Tingkatan 5, SMK Keningau II, Keningau, 2011)
Pameza merupakan calon Tokoh NILAM mewakili Daerah Keningau ke pemilihan peringkat Zon Pedalaman 2011.